7.7.07
Wow, what a date!!!!
Di daerah kami ramai orang yang menyambut tarikh ini dengan perkahwinan. Ada dua jemputan orang yang rapat dengan kami tapi kami hanya berjaya menghadiri 1 saja. Untuk menghadiri yang ke2 kami terpaksa melalui trafik jem yang lama dan keletihan tersebut menyebabkan kami berpatah balik dan membatalkan hajat untuk ke jemputan yg ke2. Maaflah kami tidak dapat menghadirkan diri kedaerah tuan...
Di daerah kami berbagai pesta juga diadakan yang menjadikan bertambah teruk jem. Keletihan kami di hari sebegini menyebabkan kami terus tidur. Dan malamnya ketika kami keluar ke majlis masih lagi jem. Setengah jam perjalanan baru sampai kedestinasi yg biasanya cuma memerlukan 20 minit. Didaerah kami terlalu banyak perumahan yg dibina tetapi satu jalan untuk keluar kebandar. Bandar didaerah kami yg kononnya sudah jadi bandaraya tetapi belum bersedia untuk menghadapi kemelut jem yang tidak pernah selesai. Tambah lagi kini pembinaan membesarkan jalan dan membuat u turn dari PG ke Taman didaerah kami.
Katanya akan siap tahun 2008. Wow lama lagi tuu...
Selamat datang kedaerah kami...
Didaerah lain orang menyambut 7.7.07 dengan konsert Live Earth yg besar dan gempak lagi heboh...(apa? jom heboh? hek eleeeeh...!) Tak terlalu kami menunggu hingga keawal pagi...namun iklan pendek dan cerita pendek yg disajikan diantara konsert tersebut memang terbaik....wow..syabas kepada yg menjalankan event sebegitu besar......itu baru betul heboh.....
Yang masih berlansung lagi sekarang dari Sidney ke Tokyo, ke Hamburg lalu ke London...hmmm missed London...sudah hampir 5 tahun tidak ke Kota tersebut..nanti bila senang kami akan coretkan balik kenangan di kota tersebut....
Yang menghairankan wlpn sudah tidur tadi petang, mata sudah mengantuk lagi....bagaimana bisa meneruskan warkah ini...tidur perlu cukup seh, jika tidak nanti solat subuh nya diwaktu apa....?
Saturday, July 7, 2007
Thursday, July 5, 2007
Selamat datang ke Daerah Kami
Salam
Selamat datang ke Daerah Kami. Satu daerah dialam maya yang semuanya bisa mungkin. Disini apa yang disampaikan mungkin sudah berlaku, belum berlaku dan boleh berlaku. Ia.. segalanya mungkin. Daerah Kami adalah kesah-kesah rakyat marhaen yang tidak lepas keatas, tidak mahu terikat dengan birokrasi, tidak pandai bermuka-muka dan sebagainya. Di Daerah Kami apa yang kami sampaikan adalah pandangan, lihatan, pengalaman dan juga tafsiran. Bahasa kami mungkin berlapik tapi ada kalanya munkgin pedih kerana terlalu direct.
Daerah Kami juga akan membawa pengunjung kealam khayalan dengan objek visual yang berbagai. Ia mungkin dijadikan sebagai hiasan dan dekorasi untuk setiap nukilan yang disampaikan.
Oleh itu jangan bisa terkejut dengan kelainan kami, kerana perkara sebgini hanya berlaku di Daerah Kami......

Subscribe to:
Comments (Atom)