Salam
Kelmarin Nenek seorang kenalan rapat telah kembali ke rahmatullah. Arwah berumur 99 tahun. Tetapi masih kuat ingatan dan boleh beribadat seperti biasa. Pemergiannya diredhai walaupun alangkah lebih baik jika arwah boleh hidup mencapai 100 tahun. Namun Allah lebih mengetahui...
Terdahulu dari itu seorang sahabat sekolah ketika di King Edward VII Taiping dahulu juga telah kembali. Beliau baru sahaja berumur 50 tahun. Khabarnya beliau yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah terjatuh ketika keluar dari Bilik Mandi dan menjadi punca kematiannya...Saya yang berada di KL ketika itu tidak dapat menghadiri jenazah beliau....
Terawal dari itu seorang bekas pelajar juga telah kembali ketika baru berumur 30 puluhan. Beliau yang akhirnya gagal berperang dengan Kanser tulang meninggalkan 3 anak kecil dan suami yang juga bekas anak murid dahulu. Pemergiaannya juga terpaksa di redhakan jika kanser itu menjadi sebab....
Sebelum beliau sepupu saya yang berada di Manjung juga khabarnya sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir disana. Beliau juga dalam linkungan 50an. Tak sempat juga untuk menziarahi jenazahnya kerana kedudukan tempat yang agak jauh...
Namun yang paling menyentuh saya ialah kematian seorang rakan pejabat sedikit awal dari sepupu tadi. Kawan sepejabat ini juga bersama saya menulis buku Kerjaya di Bidang Senibina telah kembali ketika berumur 55 tahun. Beliau menghembus nafas terakhir didalam kereta rusanya dipejabat. Saya dan beberapa orang rakan lain adalah antara yg mengangkat beliau ke kereta ambulan di pejabat kami. Pemergian beliau sangat menyentuh hati saya kerana beliau mempunyai anak seramai 8 orang (5 lelaki 3 perempuan) yg mana yg bongsu baru sahaja di darjah 3. Kematian beliau mengimbau kembali seorang lagi rakan yang telah lebih awal kembali didalam kemalangan dimana arwah pada ketika itu juga berada didalam kereta yg sama, selamat. Namun setelah beberapa tahun berlalu, kini arwah juga telah mengikut jejaknya....bayangkan jika ketika itu arwah juga pergi sama... dan anak2nya masih kecil kesemuanya....Saya sempat meminta maaf dengan arwah sehari sebelum itu setelah beberapa lama tidak berjumpa diatas kesebokan masing2. Ketika mesyuarat Jabatan berlansung kami membincangkan bagaimana hendak membantu beliau yg kurang sehat agar dapat mengurangkan sedikit bebanan pengajarannya. Didalam perbincanga tersebut tiba beliau muncul dan memberi pencerahan mengenai mata pelajarnya. Ketika itu saya lihat wajahnya sudah lain dari biasa. Selepas mesyuarat itu saya sempat berjumpa dan bersalam dgn beliau kerana tidak dapat menziarah beliau ketika dirawayt di hospita seketika lalu. Beliau menerimanya dan mengatakan tak apa.....
Allah maha mengetahui atas segalanya...perancangannya hanya dapat di ubah melalui doa...pemergian semua mereka tadi adalah memenuhi perancangannya. Kita yang tinggal juga akan sampai waktu dan ketika menyusuli mereka....mungkin ketika itu nanti kita sudah bersedia dan dapat bersama dengan mereka yg telah lebih awal kesana....
peace
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
