Friday, November 30, 2007

Kesah seorang sahabat bhgn 1

Kesah seorang sahabat ini adalah cerita yg disampaikan oleh seorang kawan karib(sahabat ) kepada saya selama perjalanan hidupnya. Tujuan beliau menceritakan kepada saya adalah kerana katanya saya rajin menulis dan pandai mengarang. Dia hanya boleh bercerita. Kesah nya akan ditulis dalam beberapa bab memandangkan kesebokan saya sendiri. Apa lagi baik bila saya siarkan melalui blog ini kerana sahabat ini datang dari daerah kami juga.

Katanya walaupun negara sudah mencapai merdeka 50 tahun dia hanya akan begitu pada tahun hadapan. Maksudnya umurnya akan mencecah 50 tahun pada tahun 2008. Cerita ini disampaikan pada saya agar ia menjadi rakaman hidupnya selama sepanjang 50 tahun yang lalu.

Dia berkata mengenai kehilangan dan kematian. Ikan peliharaannya dan bonzai tanamannya sejak akhir ini banyak yang mati. Ikan yang telah dipelihara hampir selama 5 tahun satu hari mati dengan banyaknya. Setiap hari 4 atau 5 ekor mati. Timbul tak bermaya dalam kolam sebelah rumahnya. Esoknya timbul lagi 5-6 ekor mati. Hampir setiap hari beliau menggali lubang dihadapan laman rumahnya untuk menanam bangkai2 ikan tersebut. Hampir penuh laman rumahnya menjadi pusara ikan2 koinya. Ikan kegemaran yang berwarna kuning dan putih yang paling banyak mati. Kesemuanya hampir 25 ekor telah pergi. Beliau termenung mengenang peristiwa itu. Persoalan kenapa benda yang disayanginya mati terlebih dahulu ?

Begitu juga dengan pokok bonzai yang telah dibelanya sejak kecil berbelas tahun yang lalu. Satu hari beberapa pokok tersebut tiba2 daunnya kekuningan dan hari demi hari menggugurkan daun sehingga seluruh pokok tersebut bogel tanpa daun. Jika kesilapannya membaja, pokok lain yang gugur daunnya kembali mengeluarkan tunas2 baru tetapi 3 pokok kegemarannya tidak lansung. Setelah lebih dua minggu tanpa daun, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa pokok2 bonzai tersebut telah sampai hajatnya. Kesedihan kehilangan ikan masih belum reda kini beliau terpaksa menerima hakikat pokok2 tersebut juga telah pergi. ..

Kini yang tinggal hanya gambar2 yang beliau telah rakam hampir setiap 3 bulan sepanjang peliharaan pokok bonzai tersebut. Kehidupan harus diteruskan. Biarlah yang mati itu pergi. Tanpa kerelaan dan keredaan kita masih terhutang lagi dalam kehidupan ini...itu katanya kepada saya. Kalau 20 tahun yang lalu mungkin beliau tidak dapat menerima hakikat ini, hakikat kehilangan seseorang yang beliau sayangi, namun setelah matang dalam usia, beliau boleh dan terpaksa menerimanya....

Flash back 20 tahun yang lalu.....

Kenapa kekasihnya sanggup meninggalkan beliau setelah hampir 6 tahun bersama...itulah permulaan perubahan kehidupannya. Beliau tidak dapat menerima perpisahan itu. Airmata yang menjadi kelemahan pada seorang lelaki tidak dapat beliau selindungi...walaupun tangisannya dilakukan didalam hujan yang lebat, tetapi kehangatan air mata itu masih beliau rasakan. Kekasihnya mengambil keputusan untuk bertunang dengan seorang yang berketurunan raja dan berkedudukan tinggi. Mampu memiliki kesemuanya kerana orang tersebut telah lama berkerja. Sedangkan dia sendiri baru beberapa bulan melangkah kealam pekerjaan. Khabarnya raja tersebut juga sanggup meninggalkan kekasihnya kerana amat berminat dengan kekasihnya ini. Mereka telah keluar bermesra tanpa di ketahui oleh sahabat saya ini. Sehingga sampai ketikanya kekasih tersebut boleh mengatakan yg dia tidak lagi boleh keluar bersamanya kerana kini dia telah bertunang. ...

Masih beliau ingat langkah2 yang dilaluinya ketika pulang dari rumah kekasihnya buat kali terakhir setelah gagal merayu agar menerimanya kembali....beliau tidak sedari betapa bas mini yang telah memberik dihadapannya, dan betapa kondaktor bas tersebut menjerit terhadapnya bertanyakan "dah lama hidup ke???' rupanya dia tak sedari ketika melintas jalan itu...kusutnya pemikiran yang beliau lalui....ketika menanti bas lain untuk pulang kerumahnya...azan maghrib berkumandang...maka beliau kembali tersedar dan terus kesurau yg berdekatan untuk menyempurnakan solat maghrib....

3 comments:

Edward Ott said...

EID MUBARAK

beraswutah said...

assalamualaikum wr, wb

dear langkasuka,

happy to receive your comment. The beliung is a very beautiful. can you send me your email please ?

thank you :)

beraswutah said...

dear langkasuka

may i have your email address please ?

thank you

-beraswutah-