Salam
Tadi pagi ketika aku sedang menghadapi meja makan untuk bersarapan pagi kedengaran bunyi lori besar lalu dibelakang rumah. Ingatkan lori sampah...rupanya lori 5 tan yang datang untuk mengambil barangan buangan kontraktor dibelakang rumah.
Sambil membancuh teh dan menyapu mentega dan sekaya pada roti aku perhatikan gelagat sipemandu yg cuba membuat korner dijalan yang sempit itu. Pertama yang jadi mangsa adalah tempayan yang kutanam pokok didalamnya. Pecah....aku diamkan sahaja...ku perhati lagi...pemandu tersebut mula mengeluarkan kata2 komplen yang menyusahkan kerjanya kerana banyak pokok di sekeliling rumah ku.
Hei....aku dah tinggal dirumah ni lebih 10 tahun...dan menjaga dengan baik segala pokok yang kutanam terutama pokok kemboja yang berbagai warna...tidak ada menjadi masalah kepada penduduk setempat (kecuali beberapa orang yg x faham kenapa aku tanam pokok kemboja, katanya itu pokok kubur)...hei...aku tanam yang bukan warna putih....yg itu orang akan tanam atas kubur aku annti..(kalau boleh merahla..) tiba2 sipemandu yang dah separuh abad umur ini komplen.....
Setelah beberapa kali mencuba untuk parking di tepi belakang rumah ku akhirnya dia turun dan cuba mematahkan pokok kemboja yang aku tanam....orang indon yang kerja kat situ pun kata itu orang tanam...maka aku x dapat lagi menahan kesabaran ku...lalu aku lantas menjerit dan menengking dengan sekuat hati ku sebelum pokok aku dipatahkannya....terkejut agaknya mendengar jeritan ku...pemandu tadi tidak jadi mematahkannya...itupun sudah ada juga dahan lain yang patah akibat redahan lorinya tadi....
Aku menjerit tadi dari dapur dan pemandu tak dapat melihat aku...tapi kalau patah juga pokok kemboja tadi mahu rasanya aku keluar berdepan dengan pemandu tersebut....
Apa masalah dia? kerana kerja yang sehari itu lalu sanggup mematahkan pokok yang ku tanam sudah bertahun....?
Kenapa masih ada masyarakat yang seperti ini? Memilih jalan mudah untuk menyelesaikan masalah mereka yang tak seberapa?. APa salahnya jika di tarik sahaja dahan itu ketepi sementara ia me'reverse'kan lorinya...kan ada 2 , 3 pekerja indon kat situ....minta bantuan mereka...
Aku masih memerhatikan dari jauh lagi gelagat sipemandu tadi dan bila aku naik keatas dan memerhatikan dari jendela pula, mereka sudah sebok memasukkan barangan kayu-kayu kedalam lori tersebut. Aku masih bimbang jika si pemandu itu akan mematahkan juga pohon kemboja ku...lalu aku capai kamera dan turun mengambil gambar lori tersebut. Apa berlaku nanti aku sudah ada bukti...Aku terpaksa pergi ke kantor untuk kerja ku, dan telah kusampaikan berita ini pada isteri...
jika pulang nanti aku lihat pohon kemboja aku dipatahkan, akan ku buat aduan kepada mereka yang berkenaan mengenai peristiwa ini....haa... pada siapa hendak ku mengadu....?
peace
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment